4 cedera, pesawat terhempas di Kenya

4 cedera, pesawat terhempas di Kenya

NAIROBI, 9 Sept – Sekurang-kurangnya empat anggota polis cedera selepas pesawat polis terhempas di Nairobi kelmarin.

Komander Polis Wilayah Nairobi, Japheth Koome mengesahkan bahawa pesawat polis yang baru, Agusta Westland 139 terhempas di kawasan Nairobi.

Koome berkata pesawat itu terbang di kawasan perkampungan miskin, Mathare, di padang Perkhidmatan Belia Negara kira-kira 04:00 petang waktu tempatan.

Pesawat yang baru dirasmikan pada bulan April, mengalami kerosakkan teruk. Polis berkata, empat pegawai kapal itu sedang membuat rondaan rutin di bandar tersebut semasa kejadian itu dan mereka kemudiannya dikejarkan ke hospital.

Pasukan polis dan penyelamat semasa berada di tapak kejadian kelmarin. – Xinhua
Pasukan polis dan penyelamat semasa berada di tapak kejadian kelmarin. – Xinhua

Mereka yang berada di tempat kejadian berkata, juruterbang cuba membuat pendaratan di padang berkenaan dan akhirnya terhempas pada bahagian depan sebelum mendarat di belakangnya, mengakibatkan kerosakkan yang teruk.

Pesawat tersebut mempunyai kapasiti 15 orang penumpang.

Ini adalah pesawat polis kedua yang terhempas dalam tempoh kurang dari sebulan. Sebuah pesawat jenis Bell terhempas di Lapangan Terbang Wilson Nairobi pada 22 Ogos lalu, mencederakan dua orang didalamnya.

Juga pada hari Khamis, seorang wanita terbunuh dan empat yang lain cedera apabila sebuah pesawat ringan terbakar kurang daripada lima minit selepas berlepas di landasan kapal terbang Naivasha, 100 kilometer barat laut Nairobi. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA