4 didakwa cedera, peras ugut & rompak seorang lelaki

4 didakwa cedera, peras ugut & rompak seorang lelaki

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Empat orang warga tempatan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas dakwaan mencederakan, memeras ugut dan merompak seorang lelaki tempatan pada 2 November.

Kanafiah @ Jofree bin Japar, 50, dan Norazatul Amal Nazirah @ Norhafrini binti Norariffin, 20, terdahulu berdepan dakwaan mencederakan seorang lelaki (mangsa) di sebuah rumah di Jalan 2, Simpang 35, Kampung Perpindahan Lambak Kanan dengan memukul belakang kepala mangsa menggunakan tin cat semburan dan menampar mukanya.

Kedua-dua tertuduh kini menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu melakukan peras ugut.

pg06_151110_mahkamah logo2

Nurul Iffah Alya Nurana @ Nabilah binti Salim, 29, pula menghadapi dakwaan melakukan peras ugut dengan menghunus parang ke arah mangsa dan mengancam untuk mencederakannya di rumah yang sama serta pada tarikh dan waktu yang sama.

Sementara itu, Aldani bin Awang Kifli didakwa merompak mangsa di ATM HSBC di Kampung Delima Satu pada 3 November sekitar jam 7:15 pagi.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin membenarkan Kanafiah dan Norazatul dibebaskan atas ikat jamin, dan menetapkan 14 November untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA