4 generasi berhimpun

4 generasi berhimpun

Oleh Normazlina M.D

Gambar dari keluarga Hajah Kichi

 

TUTONG, 3 Jan – Keluarga Hajah Kichi turut mengambil peluang hari terakhir sebelum penggal pertama persekolahan 2016 ini untuk mengadakan hari keluarga yang berlangsung di rumah salah seorang anak Hajah Kichi di Kampung Lugu.

Kira-kira 80 orang ahli keluarga daripada empat generasi Hajah Kichi menghadiri acara berkenaan yang diadakan buat kali kelima dengan yang pertama pada 2006.

Acara yang telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Sengkurong, Haji Musa bin Haji Tahir itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga Hajah Kichi yang jauh mahupun yang tinggal berdekatan bermula daripada anak-anak hinggalah ke cucu-cicit.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah dari aspek kerohanian dan sukan ria serta walkaton amal bagi mengutip sumbangan daripada kalangan ahli keluarga Hajah Kachi sendiri untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, orang daif dan anak-anak yatim khasnya penduduk di Kampung Lugu.

Gambar ramai sempena Hari Keluarga Hajah Kichi.
Gambar ramai sempena Hari Keluarga Hajah Kichi.

ARTIKEL YANG SAMA