4 hospital diserang dari udara

4 hospital diserang dari udara

BEIRUT, 24 Julai – Serangan udara telah memusnahkan empat hospital sementara di bandar Allepo, Syria, kata doktor hari ini, membahayakan pusat perubatan yang memberi khidmat kepada lebih 200,000 orang awam yang terdesak di kawasan yang ditawan pemberontak.

Serangan bedil itu sejak Sabtu telah memburukkan lagi penderitaan penduduk di bandar kedua Syria yang dikepung, di mana bekalan makanan dan perubatan semakin sukar didapati.

Hospital-hospital itu, serta tabung darah telah diserang, yang terletak di kawasan kejiranan Al-Shaar, kata Persatuan Doktor bebas, sekumpulan doktor-doktor Syria yang menyokong klinik-klinik di Aleppo.

Ia berkata anak damit berusia dua hari juga terbunuh di hospital kanak-kanak apabila bekalan oksigen terputus selepas serbuan pada awal pagi hari ini.

Ia adalah serangan kedua di hospital sama dalam masa kira-kira sembilan jam, menurut IDA.

Seorang budak lelaki Syria yang cedera menerima rawatan di hospital sementara berikutan laporan serangan udara di bandar Douma ditawan pemberontak, bandar Damsyik. – AFP
Seorang budak lelaki Syria yang cedera menerima rawatan di hospital sementara berikutan laporan serangan udara di bandar Douma ditawan pemberontak, bandar Damsyik. – AFP

“Selepas serangan kedua, kami terpaksa untuk memindahkan (anak damit) ke bawah ke tempat perlindungan bom dan oleh itu dia meninggal dunia,” kata Malika, ketua jururawat di hospital kanak-kanak.

“Hospital itu musnah teruk dan ia bukan pertama kali,” katanya, dalam perbualan dalam talian dengan perwakilan IDA yang dilihat oleh AFP.

Rakaman yang disiarkan oleh IDA selepas serangan itu menunjukkan doktor tergesa-gesa membawa anak damit kecil itu ke bilik inkubator, dengan guni pasir bersusun tinggi di luar pintu masuk.

Semua keempat-empat hospital tidak beroperasi hari ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA