4 juta isi rumah bertaraf jutawan

4 juta isi rumah bertaraf jutawan

BEIJING, 18 Jun (AFP) – China mempunyai empat juta isi rumah bertaraf jutawan pada tahun lalu, negara kedua tertinggi di dunia, selepas Amerika Syarikat (AS), dengan kenaikan pasaran saham negara ini menyumbang kepada kekayaan perseorangan, demikian menurut satu kajian bebas.

Menurut kaji selidik yang dijalankan sebuah firma berpangkalan di AS, Kumpulan Perunding Boston (BCG) itu, sumber utama kekayaan jutawan-jutawan terbabit adalah didorong pelaburan dalam ekuiti tempatan.

Amerika mempunyai tujuh juta isi rumah bertaraf jutawan pada tahun lalu dan tempat ketiga Jepun dengan satu juta isi rumah bertaraf jutawan, menurut kajian itu.

BGC berkata, China juga membuat kejutan apabila menjadi negara tertinggi melahirkan jutawan sebanyak sejuta jutawan pada tahun lalu.

China yang merupakan negara sedang membangun dinobat tempat pertama di Asia selepas penanda aras Indeks Komposit Shanghai menutup tirai 2014 dengan kenaikan melebihi 50 peratus.

Empat juta isi rumah di China bertaraf jutawan yang merupakan kedudukan kedua tertinggi di dunia selepas AS.
Empat juta isi rumah di China bertaraf jutawan yang merupakan kedudukan kedua tertinggi di dunia selepas AS.

“Pasaran yang kukuh di seluruh rantau (Asia Pasifik kecuali Jepun), terima kasih kepada permintaan domestik yang tinggi – sekali gus meningkatkan nilai aset-aset sedia ada, berbanding peningkatan yang berpunca daripada kekayaan baru,” kata BGC, yang dilaporkan AFP, baru-baru ini.

Peningkatan nilai aset-aset sedia ada yang mencecah 76 peratus merupakan jumlah pertumbuhan kekayaan individu di rantau ini, tambah kajian itu.

China mempunyai 1,037 isi rumah yang memiliki nilai kekayaan bersih lebih $100 juta, iaitu kira-kira satu perlima daripada 5,201 isi rumah bertaraf jutawan di AS.

Forbes pada April lepas juga melaporkan, tanah besar China mempunyai kira-kira 400 bilionaire dan isi rumah bertaraf jutawan berikutan kenaikan pasaran saham di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA