4 kursus kraf tangan diperkenal

4 kursus kraf tangan diperkenal

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Bahagian Pendidikan Komuniti/Lanjutan, Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Kementerian Pendidikan, kini menawarkan empat kursus pendek kraf tangan tradisi Korea, Hanji Craft.

Menurut kenyataan bahagian berkenaan, kursus-kursus yang ditawarkan termasuk Kraf Tangan Talam Empat Segi Korea, Kraf Tangan Lapik Gelas Korea, Kraf Tangan Cermin Tangan Korea dan Kraf Tangan Korea Tempat Menyimpan Alat Tulis.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berminat bolehlah mengambil borang dan menghantar borang serta membuat pembayaran semasa waktu bekerja tidak lewat 26 September di

Bahagian Pendidikan Komuniti/Lanjutan, Simpang 347, Jalan Pasar Baharu Gadong, Institut Pendidikan Teknikal Brunei. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kursus jahitan dan kraf tangan bolehlah menghubungi Dayang Alyani binti Haji Ismail di talian 2422493 sambungan 216.

ARTIKEL YANG SAMA