4 lafaz kalimah syahadah

4 lafaz kalimah syahadah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 1 Mei – Tiga wanita berbangsa Iban telah melafazkan dua kalimah syahadah di majlis pengislaman yang diadakan di Dewan Pejabat Dakwah dekat sini, hari ini.

Ketiga-tiga saudara baru tersebut ialah Dayang Joeanna Sharonda Anak Joseph, 18, yang kini dikenali dengan nama Islamnya Dayang Nurul Alisha Ariana binti Abdullah Joseph; Dayang Lina Anak Ujang, 32, yang merupakan seorang janda kini dikenali dengan nama Islamnya Dayang Lina Edrinna binti Abdullah dan Satini Anak Kalman kini dikenali sebagai Dayang Kaysha Arsyfa binti Abdul Wakil Kalman.

Dayang Nurul Alisha Ariana memberitahu Media Permata bahawa, beliau telah lama berhajat untuk memeluk agama Islam sejak di bangku sekolah lagi.

Beliau yang merupakan anak ketiga, turut menyatakan hasratnya itu telah direstui oleh kedua-dua orang tuanya serta adik beradiknya.

Pemerintah ABDB menabur mawar ke arah Awang Muhammad A’isy Qaiser selepas majlis pengislamannya.
Pemerintah ABDB menabur mawar ke arah Awang Muhammad A’isy Qaiser selepas majlis pengislamannya.
Tiga orang wanita berbangsa Iban melafazkan dua kalimah syahadah memeluk ugama Islam pada majlis yang diadakan di Dewan Pejabat Dakwah Daerah Belait.
Tiga orang wanita berbangsa Iban melafazkan dua kalimah syahadah memeluk ugama Islam pada majlis yang diadakan di Dewan Pejabat Dakwah Daerah Belait.

“Semasa di sekolah dulu, saya berminat dengan mata pelajaran agama Islam, waktu itu saya menuntut di Sekolah Rendah Muhammad Alam Seria, dan hajat saya itu telah saya luahkan kepada kedua-dua ibu bapa dan adik beradik dan Alhamdulillah mereka merestui niat saya itu,” tambahnya.

Sementara itu, bagi Dayang Lina Edrinna dan Dayang Kaysha Arsyfa, mereka juga telah lama berhajat untuk memeluk agama suci ini, kerana bagi mereka agama Islam itu sangat indah, dan mereka mahu mendalami lagi pengetahuan agama Islam dengan menyertai kursus-kursus yang diberikan kepada mereka sebagai saudara baru dengan penuh komited.

ARTIKEL YANG SAMA