4 lagi kes terbaru MERS

4 lagi kes terbaru MERS

SEOUL, 12 Jun (AFP) – Korea Selatan hari ini melaporkan empat lagi kes Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS), membawa kepada 126 jumlah orang yang didiagnosis di sini dengan virus tersebut.

Jumlah kematian dalam wabak terbesar virus di luar Arab Saudi masih kekal pada 10 pada awal hari ini, kata Kementerian Kesihatan.

Sebuah hospital di Seoul telah ditutup buat sementara waktu disebabkan kebimbangan pusat kesihatan tersebut mungkin merupakan satu lagi sumber jangkitan besar-besaran, penutupan pertama sedemikian di ibu negara.

Hospital Mediheal akan ditutup sehingga 23 Jun, beritahu seorang jurucakap Bandar Seoul kepada AFP.

Sejumlah 52 pusat jagaan kesihatan termasuk 18 di Seoul dan 16 di Wilayah Gyeonggi telah pun terdedah kepada virus berkenaan.

Pegawai kesihatan Korea Selatan mengasapi sebuah panggung setelah empat kes MERS lagi dilaporkan. – AFP
Pegawai kesihatan Korea Selatan mengasapi sebuah panggung setelah empat kes MERS lagi dilaporkan. – AFP

Hospital Pyeongtaek St Mary di bandar Pyeongtaek, di mana kumpulan 37 pesakit pertama didiagnosis, juga akan ditutup sehingga Jumaat, berdasarkan tempoh pengeraman untuk penyakit itu.

Namun Pusat Perubatan Samsung, di mana 58 daripada 126 kes yang disahkan menghidapi penyakit tersebut, satu-satunya wabak terbesar, masih dibuka selepas dibersihkan.

Lebih daripada 3,800 orang yang mempunyai sentuhan dengan mereka yang dijangkiti telah ditempatkan di bawah kuarantin, sama ada di rumah mereka atau di pusat jagaan kesihatan.

ARTIKEL YANG SAMA