4 lelaki berdepan tuduhan curi

4 lelaki berdepan tuduhan curi

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_161017_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Empat lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan melakukan curi.

Harun bin Metusin, 29, Marsinan bin Sahari, 36, Mohd Jafry bin Haji Othman, 39, dan Malik bin Puasa, 46, didakwa mencuri peti keselamatan mengandungi barang kemas; Samsung Tab; jam tangan dan komputer riba dari sebuah rumah di Kampung Tagap, Selayun antara 2 dan 9 September 2016.

Kesemua mereka didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Vuina Song di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

Harun dan Mohd Jafry juga berdepan pertuduhan mencuri sebuah kereta di Kampung Jerudong dan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, dibaca bersama Seksyen 34 yang sama iaitu penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya memohon untuk lebih masa dan penangguhan kes sehingga 24 Oktober.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman membenarkan permohonan itu dan membenarkan kesemua tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin $4,000 atau seorang penjamin tempatan setiap seorang.

ARTIKEL YANG SAMA