4 lelaki dipenjara 3 bulan 3 sebatan

4 lelaki dipenjara 3 bulan 3 sebatan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara tiga bulan dan tiga sebatan ke atas tiga lelaki Indonesia bagi kesalahan tinggal di Brunei Darussalam melebihi tempoh yang ditetapkan.

Lutpi Hilmi, 29, Muhamad Haerurozi, 28 dan Tauhid, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa tinggal di negara ini, masing-masing selama 528 hari, 1,088 hari dan 1,381 hari tanpa suatu sebab yang munasabah.

Ketua Majistret memerintahkan hukuman ke atas ketiga-tiga tertuduh berkuat kuasa hari ini.

Dalam bilik mahkamah yang sama, seorang lelaki Bangladesh turut menerima nasibnya apabila dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan tiga sebatan oleh Ketua Majistret atas kesalahan tinggal di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan.

Mizanur Rahman Saijuiddin, 33, didapati tinggal di negara ini selama 162 hari di mana siasatan juga mendapati tertuduh telah melarikan diri daripada majikannya.

ARTIKEL YANG SAMA