4 mangsa maut rempuhan kereta

4 mangsa maut rempuhan kereta

WASHINGTON, 25 Okt (Reuters) – Sebuah kereta yang memecut laju merempuh orang ramai yang sedang menyaksikan perbarisan di Oklahoma semalam, membunuh empat orang, termasuklah seorang budak lelaki berusia dua tahun.

Pemandu kereta itu, wanita berusia 25 tahun yang telah dikenali pasti oleh pihak polis sebagai Adacia Avery Chambers telah diberkas kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, selepas kemalangan di perbarisan kepulangan universiti Oklahoma State University.

Dalam pengemaskinian, polis di bandar Stillwater berkata sejumlah 44 orang juga tercedera, dua kali ganda bilangan yang sebelumnya diberikan. Sebelumnya mereka mengatakan lapan orang yang tercedera dalam keadaan kritikal.

“Oklahoma State University (OSU) sedih dengan tragedi hari ini dan mengiringkan doa dan ingatan kepada keluarga mangsa yang terkorban atau tercedera,” presiden OSU Burns Hargis berkata dalam satu kenyataan.

“Kami terkejut dan sedih dengan kejadian dahsyat ini. Perbarisan kepulangan OSU adalah acara paling menyeronokkan dan telah dicemari dengan cara sebegitu rupa adalah tidak boleh difahami.”

Beberapa anggota penyelamat tiba di tempat kejadian kemalangan selepas sebuah kereta yang dipandu merempuh orang ramai yang menyaksikan perarakan di Oklahoma semalam - Reuters
Beberapa anggota penyelamat tiba di tempat kejadian kemalangan selepas sebuah kereta yang dipandu merempuh orang ramai yang menyaksikan perarakan di Oklahoma semalam – Reuters

Budak lelaki itu ‘meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialami dalam rempuhan itu’, menurut Jabatan Polis Stillwater dalam kenyataan. Tiga orang lagi terbunuh di tempat kejadian.

Pihak polis belum mengenal pasti identiti para mangsa. Stillwater News Press memetik seorang saksi sebagai berkata bahawa, pada mulanya, orang menyangka kereta itu adalah sebahagian dari persembahan. Tetapi kepanikan berikutnya.

Kapten polis Kyle Gibbs memberitahu para pemberita bahawa pasukan membentuk semula kemalangan telah dihantar ke tempat kejadian dan penyiasatan ke atas apa yang telah berlaku akan dianggap sebagai penyiasatan homisid.

Universiti itu berkata kaunselor dihantar esok untuk membantu para kakitangan dan pelajar mengharungi tragedi ini.

Bagaimanapun para pegawai memutuskan untuk masih menjadi tuan rumah bagi perlawanan kepulangan antara Oklahoma State Cowboys dan Kansas Jayhawks.

Kebanyakan kolej dan universiti AS mengadakan keraian kepulangan – perayaan tahunan bagi bekas pelajar dan pelajar yang sedang menuntut – dan News On 6 melaporkan bahawa keraian OSU dipercayai antara yang terbesar di negara itu, dengan berpuluh-puluh ribu orang menyertai setiap tahun.

ARTIKEL YANG SAMA