4 mati, 9 hilang tanah runtuh di Indonesia

4 mati, 9 hilang tanah runtuh di Indonesia

JAKARTA, 6 Mei (AFP) – Empat orang mati dan sembilan lagi yang lain hilang selepas satu tanah runtuh menimbus kediaman di pulau utama, Jawa, Indonesia, kata pegawai hari ini.

Tanah runtuh disebabkan letupan saluran paip pada malam semalam menimbus lapan kediaman dan memerangkap penduduk kampung di Jawa Barat. Saluran paip yang merupakan projek geothermal di kawasan itu, rosak akibat tanah runtuh pada hari sebelumnya akibat hujan lebat selama beberapa hari.

“Pencarian bagi mangsa-mangsa tanah runtuh diteruskan,” kata Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap bagi Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan.

Lebih 100 penduduk, bimbang tanah runtuh lebih lanjut, berlindung di balai kampung, tambahnya.

Tanah runtuh adalah sesuatu yang lumrah di Indonesia, salah sebuah daripada negara di dunia yang paling cenderung mendapat bencana alam. Agensi bencana kebangsaan menganggarkan separuh daripada 250 juta populasi negara itu tinggal di kawasan yang terdedah dengan tanah runtuh.

Penyelamat Indonesia mencari mangsa yang tertimbus dalam sebuah kampung ekoran tanah runtuh di daerah Pangalengan di wilayah Jawa Barat, 6 Mei. Empat orang mati dan sembilan lagi masih hilang selepas tanah runtuh itu. – AFP