4 mati, serangan berani mati di Istanbul

4 mati, serangan berani mati di Istanbul

ISTANBUL, 20 Mac (AFP) – Satu letupan berani mati meranapkan kawasan utama beli-belah di Istanbul kelmarin, membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain, iaitu serangan kedua di tengah-tengah bandar utama Turki dalam masa seminggu.

Pengeboman yang disasarkan di Istiklal Caddesi, iaitu sebuah tempat jalan pejalan kaki yang sibuk dengan pembeli, pelancong dan penyanyi jalanan itu belaku pada kira-kira 11:00 pagi (0900 GMT).

Media Turki berkata tiga warga Israel dan seorang warga Iran terbunuh, manakala dua daripada orang Israel itu adalah rakyat Amerika Syarikat, menurut daripada Washington.

Rakaman CCTV yang diedarkan oleh media Turki menunjukkan pengebom yang dikatakan memakai kot panjang itu menghampiri sekumpulan kecil orang ramai yang berada di luar sebuah bangunan kerajaan tempatan sebelum letupan berlaku.

Gabenor Istanbul, Vasip Sahin berkata bangunan itu kelihatan seperti kawasan sasaran mereka, dan menurut sumber diplomatik Barat pula berkata penyerang mengesyaki adanya kumpulan pelancong di tempat itu.

Seorang pelayan yang bekerja di sebuah restoran berdekatan, yang digelar sebagai, Mustafa, memberitahu AFP bahawa beliau telah mendengar “satu letupan kuat”.

“Apabila saya keluar, orang berjalan di setiap arah, tetapi saya berlari ke arah lokasi letupan untuk melihat apa yang berlaku,” katanya sambil menyifatkan adegan “pembunuhan beramai-ramai” dengan keadaan “orang ramai yang bergelimpangan di tanah “.

Tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, tetapi media pro-kerajaan menyalahkan kumpulan Islamic State (IS), yang telah dipertudguh atas beberapa serangan di Turki termasuk pengeboman berani maut berhampiran Masjid Biru pada bulan Januari lalu.

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berikrar untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab terhadap serangan itu, manakala sekutu NATO Amerika Syarikat dan Eropah berkata mereka berdiri teguh dengan Turki.

“Kami akan berjuang bersungguh-sungguh dan tabah sehingga semua bentuk keganasan dapat dihapuskan,” kata Davutoglu.