4 maut, 43 cedera bas rempuh trak

4 maut, 43 cedera bas rempuh trak

RIO DE JANEIRO, 27 Sept – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 43 orang cedera selepas sebuah bas merempuh sebuah trak di negeri tenggara Brazil Sao Paulo, kata Polis Lebuhraya Persekutuan, hari ini.

Bas yang dipenuhi penumpang merempuh belakang lori pengangkut tebu pada malam Ahad di perbandaran Mogi Guacu, di negeri Sao Paulo, kata polis. – Xinhua