4 maut akibat MERS-CoV

4 maut akibat MERS-CoV

RIYADH, 20 Sept (Arab News) – Empat orang lagi telah meninggal dunia akibat koronavirus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) dan kes baru telah dilaporkan dari Jeddah, kata Kementerian Kesihatan semalam.

Kesemua mereka yang meninggal dunia akibat jangkitan tersebut adalah warga Saudi, tiga di antara mereka berasal dari Riyadh sementara seorang dari Madinah, katanya.

“Dua lelaki, berusia 45 dan 87 tahun, dan seorang wanita, berusia 63 tahun, meninggal dunia di ibu negeri. Orang yang meninggal dunia di Madinah adalah seorang lelaki berusia 82 tahun.”

Ujian sampel makmal yang dikumpulkan daripada seorang wanita Saudi berusia 30 tahun dari Jeddah terbukti positif MERS, namun pesakit berada dalam keadaan stabil, menurut kementerian.

Kementerian juga berkata seorang ekspatriat berusia 30 tahun dari Madinah dan seorang wanita Saudi berusia 21 tahun dari Riyadh sembuh daripada penyakit itu baru-baru ini. Jumlah kes MERS di negara itu sejak Jun 2012 kini telah meningkat kepada 1,244 – 54 peratus di antaranya telah sembuh dan 43 pesakit meninggal dunia.