4 maut, bot bertembung di Greece

4 maut, bot bertembung di Greece

ATHENS, 17 Ogos – Pelanggaran antara sebuah bot laju dan bot pelancong di perairan Teluk Saronik di pulau Aegina berhampiran ibu kota Greece hari ini mengorbankan empat orang termasuk seorang kanak-kanak dan mencederakan empat lain, kata pengawal pantai negara itu.

Bot pelancong itu dipercayai membawa kira-kira 20 penumpang dari sebuah perkampungan tepi laut di tenggara Aegina ke sebuah pantai di pulau kecil berhampiran, Moni ketika pertembungan berlaku.

Tidak jelas berapa ramai penumpang menaiki bot laju atau kerakyatan pelancong.

Kapal pengawal pantai dan bot persendirian berhampiran menyelamatkan sekurang-kurangnya 17 orang termasuk yang cedera.

Tiga mayat ditemui dalam air, dua lelaki dengan seorang daripadanya dipercayai kapten bot pelancong serta kanak-kanak sembilan tahun. Dua bot pengawal pantai dan sebuah helikopter menjalankan ope-rasi mencari dan menyelamat, sementara bot persendirian membantu usaha itu. – AP

Seorang pengawal pantai dan dua lelaki membantu menaikkan dok sebuah kapal pelancongan di Aegina, semalam. Pelanggaran antara sebuah bot laju dan bot pelancong itu mengorbankan empat orang termasuk seorang kanak-kanak dan mencederakan empat lainnya. – AP