4 maut bot karam di Aegean

4 maut bot karam di Aegean

ATHENS, 13 Julai – Mayat empat penghijrah – termasuk dua kanak-kanak telah ditarik keluar dari Laut Aegean hari ini selepas bot mereka karam di luar pulau Lesbos, Greece, kata polis pelabuhan.

Para penyelamat pengawal pantai telah menyelamatkan enam penghijrah lain, sementara seorang lagi masih hilang daripada sekumpulan 11 orang yang berlepas dari pantai Turki menuju ke Greece.

Yang terkorban termasuk ‘budak perempuan berusia empat tahun dan budak lelaki yang tidak diketahui umurnya, serta seorang lelaki dan wanita,” kata pegawai polis kepada AFP.

Walaupun beberapa penghijrah terus menggunakan laluan laut, satu perjanjian kontroversi antara Kesatuan Eropah dan Turki telah berkuat kuasa pada Mac yang sebahagian besarnya telah menghentikan kemasukan orang yang lari daripada perang dan kemiskinan, terutamanya dari Timur Tengah dan Afrika.

Lesbos dan pulau-pulau timur Aegean tahun lepas merupakan tempat masuk ke Eropah bagi gelombang penghijrahan sejak Perang Dunia Kedua. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA