4 maut bot laju terbakar

4 maut bot laju terbakar

JAKARTA, 16 Okt – Sebuah bot laju dengan kira-kira 41 penumpang di dalamnya telah terbakar dan karam di bahagian timur Indonesia, mengorbankan empat orang dan dua yang lain hilang, kata jurucakap pejabat mencari dan menyelamat hari ini.

Insiden di laut itu berlaku selepas bot laju Bintang Pajar itu berlepas dari pelabuhan Jailolo di Halmahera Barat, wilayah Maluku Utara, kata Jurucakap Pejabat Mencari dan Menyelamat Kebangsaan, Marsudi.

Bot itu menuju ke bandar Ternate, jelas beliau.

“Operasi mencari dan menyelamat bagi mangsa yang hilang sedang dijalankan pada masa ini,” katanya kepada Xinhua melalui telefon.

Bot laju adalah pengangkutan yang digemari di Indonesia, sebuah negara yang mempunyai 17,500 pulau, masih kurang dalam tahap keselamatannya yang sering mengakibatkan kejadian kemalangan di laut. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA