4 maut dalam kemalangan bas di Tanzania

4 maut dalam kemalangan bas di Tanzania

ARUSHA, Tanzania, 12 Sept – Empat maut dan empat yang lain cedera selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah lori di kawasan zon tasik Tanzania, Shinyanga, polis mengesahkan semalam.

Kejadian itu berlaku pagi Ahad di kawasan Kolandoto di Shinyanga. Murilo Jumanne, Komander Polis Wilayah Shinyanga berkata mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Kolandoto untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata mereka yang maut berada dalam lori itu, apabila pemandu bas itu cuba memotong sebuah kenderaan, tetapi gagal dan akhirnya merempuh lori yang datang dari arah bertentangan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA