4 maut dalam pengeboman nekad di Nigeria

MAIDUGURI, Nigeria, 19 Mac – Empat orang terkorban pada malam semalam apabila pengebom nekad meletupkan diri mereka di sebuah kampung di pinggir bandar Maiduguri di timur laut Nigeria, kata polis.

Jurucakap polis kerajaan Borno, Victor Isuku berkata insiden itu berlaku apabila tiga pengebom – seorang lelaki dan dua wanita – cuba untuk memasuki kampung Umarai di luar Maiduguri.

“Mereka meletupkan bahan letupan improvisasi yang dipasang di badan mereka yang berlari ke arah berlainan,” kata Isuku.

Di antara yang terkorban adalah seorang pengawas tempatan dan seorang wanita serta dua orang anaknya, katanya. Manakala lapan lagi cedera.

Ibrahim Abdulkadir, jurucakap bagi Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NEMA), berkata pengawas itu cuba untuk menghalang pengebom itu daripada memasuki kampung.

“Pengawas itu cuba untuk menghentikan mereka dan pada ketika itulah dia turut terkena bom dan wanita itu berhampiran dengannya,” jelas Abdulkadir.

Tiga pengebom juga terkorban dalam letupan itu, katanya. – AFP