4 maut ditinggalkan penjaga

4 maut ditinggalkan penjaga

BEIJING, 11 Jun (dpa) – Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan kejadian bunuh diri empat orang kanak-kanak yang ditinggalkan di rumah sendirian oleh penjaga mereka di barat daya China, menurut laporan berita.

Tiga budak perempuan dan seorang lelaki berumur lingkungan 5 hingga 13 tahun ditemui maut pada Selasa lepas selepas meminum racun serangga di rumah mereka di Daerah Tiankan di kawasan bandar Bijie, Wilayah Guizhou, kata agensi berita Xinhua.

Mereka ditinggalkan sendirian oleh ibu-bapa yang pergi keluar mencari kerja di Guizhou, menurut Xinhua.

ARTIKEL YANG SAMA