4 maut kejadian ‘ribut asma’ di Australia

4 maut kejadian ‘ribut asma’ di Australia

SYDNEY, 24 Nov – Kejadian ‘ribut asma’ yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah mengakibatkan empat orang meninggal dunia dan tiga masih bertarung nyawa di Australia, dengan pihak berkuasa hari ini berebut-rebut mengkaji semula prosedur mereka selepas perkhidmatan kecemasan dalam kebingungan.

Kira-kira 8,500 orang dibawa ke bahagian kecemasan hospital, kebanyakannya di Melbourne, sejak kejadian ini bersamaan dengan jumlah debunga yang tinggi Isnin lalu, yang mengakibatkan asma dan masalah pernafasan penghidap demam alergi, menurut Menteri Kesihatan negeri Victoria Jill Hennessy.

“Apabila kami menerima panggilan orang ramai meminta bantuan ambulans – satu panggilan setiap empat setengah saat pada kemuncak – ia seperti 150 bom meletup di dalam seluruh bahagian tertentu metropolitan Melbourne,” Hennessy memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia.

Empat mangsa berusia antara 18 hingga 35 tahun, menurut laporan dengan jabatan kesihatan Victoria melaporkan tiga orang lagi dalam keadaan kritikal ketika kajian semula dijalankan ke atas bagaimana dengan cara lebih baik lagi untuk memberi respons dan menangani fenomena luar biasa seumpama ini.

“Ini adalah kecemasan kesihatan pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini,’ kata Hennessy dengan menambah kata mereka yang terjejas nampaknya mengalami masalah pernafasan dan keadaan kardium.

“Dari 8,500 orang yang dibawa ke bahagian kecemasan pada Isnin dan Selasa lalu, mereka yang masalah jantung dan sakit dada adalah terlalu ramai.

“Fenomena luar biasa ini hanya diketahui berlaku di Australia beberapa kali,” menurut ketua Yayasan Asma Victoria, Robin Quld. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA