4 maut kereta api bertembung

4 maut kereta api bertembung

MULTAN, Pakistan, 15 Sept – Kira-kira empat orang terbunuh dan lebih 100 cedera apabila dua buah kereta api bertembung di tengah Pakistan awal hari ini, menurut para pegawai.

Kemalangan berlaku apabila kereta api penumpang Awam ‘Express’ yang dalam perjalanan ke Karachi merempuh sebuah kereta api barangan yang berhenti selepas melanggar seorang lelaki berhampiran bandar Multan.

Para pekerja penyelamat menggunakan peralatan memotong logam untuk cuba sampai kepada para penumpang yang tercedera yang masih terperangkap dalam bangkai kereta api yang remuk, menurut seorang pemberita AFP di tempat kejadian.

Mohammad Javed, 35, seorang pemilik kedai yang tinggal berhampiran tempat kemalangan berkata ‘letupan besar’ telah membangunkannya.

“Saya menyangka itu adalah ledakan bom,” dia memberitahu AFP.

Penduduk tempatan berkumpul dekat gerabak kereta api yang tergelincir di pusat Pakistan, Multan pada kelmarin. Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lebih 150 yang lain cedera dalam kejadian tersebut. – Xinhua
Penduduk tempatan berkumpul dekat gerabak kereta api yang tergelincir di pusat Pakistan, Multan pada kelmarin. Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lebih 150 yang lain cedera dalam kejadian tersebut. – Xinhua

“Saya keluar dari rumah saya dan melihat sebuah kereta api penumpang bertindih di atas kereta api barangan. Saya terdengar orang ramai menangis kesakitan dan ramai yang terbaring di luar kereta api.

“Mangsa-mangsa yang terselamat dan penduduk setempat menarik keluar me-reka yang tercedera yang terperangkap dalam bangkai kereta api.”

Jurucakap perkhidmatan penyelamat setempat Abdul Jabbar memberitahu AFP bahawa lebih 100 orang tercedera.

Pegawai landasan Saima Bashir mengatakan kemalangan berpunca dari pemandu kereta api penumpang dengan mengatakan pemandu itu gagal mengambil endah akan isyarat merah yang menyala selepas kereta api barangan itu berhenti.

Kren dan kereta ambulans memenuhi kawasan itu ketika pasukan tentera juga berusaha sedaya upaya memberi bantuan.

Pegawai penyelamat Khalid Hussain, 28 orang telah dihantar ke hospital manakala ramai lagi dirawat di tempat kejadian. – AFP