4 maut nahas kereta api

4 maut nahas kereta api

O PORRINO, Sepanyol, 9 Sept – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan kira-kira 50 cedera hari ini apabila sebuah kereta api tergelincir dari landasan di barat laut Sepanyol dalam perjalanan menuju ke Portugal.

Pemandu warga Portugal adalah antara mereka yang mati dalam kemalangan itu, apabila kereta api itu merempuh dinding jambatan dan menghancurkan tiang-tiang elektrik, menurut Datuk Bandar berhampiran Bandar O Porrino.

Gambar yang disiarkan di online dan media tempatan menunjukkan salah sebuah pengangkutan kereta api, yang membawa sekurang-kurangnya 65 orang itu berada disisi landasan, dan bahagian depannya remuk.

Helikopter, ambulans dan jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa, sesetengah daripada mereka mengalami kecederaan teruk.

Kereta api yang tergelincir di O Porrino, barat laut Sepanyol, mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan kira-kira 50 cedera lainnya, kelmarin. – AFP
Kereta api yang tergelincir di O Porrino, barat laut Sepanyol, mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan kira-kira 50 cedera lainnya, kelmarin. – AFP

Seorang daripada penumpang berkata dalam video yang disiarkan oleh akhbar tempatan La Voz de Galicia bahawa kereta api tiba-tiba terumbang-ambing.

Kereta api itu sedang dalam perjalanan dari bandar Galicia Vigo ke bandar Porto di Portugal semasa kemalangan itu berlaku berhampiran O Porrino.

Manuel Carrera, Timbalan Datuk Bandar O Porrino, berkata, empat orang telah meninggal dunia dalam nahas tersebut. – AFP