4 maut pesawat ambulans terhempas di utara Nevada

4 maut pesawat ambulans terhempas di utara Nevada

ELKO, Nevada, 20 Nov – Sebuah pesawat udara ambulans yang membawa seorang pesakit jantung menuju ke hospital Utah terhempas di sebuah lot parkir di utara Nevada, membunuh kesemua empat orang di dalamnya dan mengakibatkan letupan dan kebakaran.

Tiga anggota kru dan seorang pesakit terbunuh pada malam nahas Jumaat di Elko, kata American Medflight pada Sabtu dalam satu kenyataan.

Mangsa adalah juruterbang Yuji Irie, anggota kakitangan perubatan Jake Sheppard dari Utah; Tiffany Urresti, 29, dari Elko dan pesakit Edward Clohesey dari Spring Creek, Nevada, kata ketua polis Elko, Brian Reed.

Urresti merupakan sukarelawan bomba di Elko, katanya lagi.

Clohesey telah dibawa oleh American Medflight dari Elko menuju ke Universiti Pusat Perubatan Utah di Salt Lake City, kata Reed.

Polis Elko, Leftenan Rich Genseal berkata pesawat dua enjin itu kelihatannya ‘mengalami masalah mekanikal’ ketika ia berlepas dalam perjalanan 230 batu menuju ke Salt Lake City, kemudian hilang altitud dan terhempas, lapor akhbar harian bebas Elko.

Pesawat enjin kembar itu terhempas di sebuah lot parkir syarikat perlombo-ngan berhampiran sebuah kasino dan bangunan perniagaan lain berhampiran Lapangan Terbang Serantau Elko dan Interstate 80. – AP