4 maut pesawat tentera terhempas

4 maut pesawat tentera terhempas

SEVILLE, Sepanyol, 10 Mei (AFP) – Sekurang-kurangnya empat orang maut apabila pesawat tentera Airbus A400M terhempas berhampiran lapangan terbang Seville di selatan Sepanyol ketika penerbangan ujian, insiden maut pertama membabitkan pesawat pengangkut baru.

Pengawas wilayah Andalusia Antonio Sanz, yang mengetuai pentadbiran tempatan, berkata satu lagi mayat yang sudah rentung ditemui di dalam bangkai pesawat, meningkatkan jumlah kematian kepada empat.

Terdahulunya, jurucakap perkhidmatan kecemasan berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga orang maut dan dua cedera parah.

Beliau berkata pihak berkuasa masih lagi cuba untuk mengesahkan berapa ramai terdapat di atas pesawat apabila ia terhempas di kawasan tiada penduduk kira-kira satu kilometer dari lapangan terbang.

Lapangan terbang ditutup kepada lalu lintas selama sejam selepas bahas itu. Kepulan asap tebal boleh dilihat menjulang ke udara dari lingkungan kawasan lapangan terbang.