4 menang cabutan bertuah Jaya Hypermart

4 menang cabutan bertuah Jaya Hypermart

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Empat pelanggan bertuah Jaya Centrepoint Hypermart, baru-baru ini, membawa pulang pelbagai hadiah menarik apabila dipilih sebagai pemenang cabutan bertuah 2015 pada majlis yang diadakan di premis pasar raya berkenaan Ahad lalu.

Menurut kenyataan Jaya Centrepoint Hypermart, hadiah utama berupa iPhone 6 64GB dengan baucar wang tunai bernilai $500 telah dimenangi oleh Awang Masri bin Haji Awang Sabtu.

Sementara itu, tiga pemenang teratas pula terdiri daripada Dayang Masni binti Haji Ibrahim selaku pemenang pertama dengan membawa pulang satu unit TV pintar penuh LED 46 inci Samsung, diikuti oleh Dayang Nor Mawarni binti Haji Mohamed yang memenangi peti sejuk dua pintu Electrolux dan Dayang Siti Rohaya binti Haji Jumat/Haji Yahya menerima mesin pengering Midea di tempat ketiga.

Pengurus Jaya Centrepoint Hypermart, Ngiam Sei Hai dan Pengarahnya, Dayang Rosmahwati bergambar dengan pemenang cabutan bertuah.
Pengurus Jaya Centrepoint Hypermart, Ngiam Sei Hai dan Pengarahnya, Dayang Rosmahwati bergambar dengan pemenang cabutan bertuah.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Jaya Centrepoint Hypermart, Ngiam Sei Hai dan Pengarahnya, Dayang Rosmahwati binti Haji Buntar.

Selain dari itu, 20 pelanggan lain juga menerima baucar wang tunai $50 dan seterika stim Pensonic sebagai hadiah sagu hati.

Menurut kenyataan itu, promosi cabutan bertuah ini telah berjalan dari 26 Jun hingga 31 Ogos lalu, di mana pelanggan yang membeli-belah di pasar raya berkenaan dalam tempoh itu layak untuk menyertai cabutan.