4 menang pakej melancong

4 menang pakej melancong

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Empat orang pelanggan bertuah Boustead Sdn Bhd telah memenangi pakej pelancongan ke destinasi-destinasi menarik apabila terpilih sebagai pemenang dalam promosi Nissan ‘Beach & Shine’.

Hadiah-hadiah telah disampaikan semasa Pesta Jom Makan Boustead yang berlangsung di Bilik Pameran Nissan, Beribi, hari ini, di mana majlis menyaksikan Dayang Noraini binti Haji Mohammad memenangi pakej pelancongan ke Maldives, Lam Kaw Chay ke Bali, Indonesia, Dayang Norizyan binti Haji Awang Hussin ke Langkawi, Malaysia dan Haji Zulaili bin Bujang memenangi pelancongan ke Phuket, Thailand.

Ketika ini, promosi Nissan masih dijalankan, dengan pelanggan yang membeli kereta-kereta model terpilih akan berpeluang untuk menyertai Pelancongan Nissan ke Thailand pada Oktober ini.

Pemenang bertuah berkenaan akan menyaksikan Siri Super GT yang mana Nissan GT-R masih memegang kejuaraan siri tersebut.

Empat pemenang bertuah yang memenangi hadiah pakej pelancongan ke destinasi-destinasi istimewa bergambar ramai bersama Dato Lim Beng Thai.
Empat pemenang bertuah yang memenangi hadiah pakej pelancongan ke destinasi-destinasi istimewa bergambar ramai bersama Dato Lim Beng Thai.
Dato Lim Beng Thai menyerahkan replika cek bernilai $9,688 kepada Dayang Siti Alifah (kiri).
Dato Lim Beng Thai menyerahkan replika cek bernilai $9,688 kepada Dayang Siti Alifah (kiri).

Pesta Jom Makan Boustead yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 4 petang itu telah dihadiri lebih 500 orang pengunjung di mana mereka berpeluang menikmati pelbagai hidangan yang disajikan secara percuma termasuk roti john, ayam salai, cakoi, minuman Slush dan banyak lagi.

Di samping itu, pada acara itu juga, Boustead mengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) bagi kanak-kanak yang memerlukan bantuan melalui jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Penyampaian replika cek wang tunai berjumlah $9,688 itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Lim Beng Thai kepada Pemangku Pegawai Pembangunan Masyarakat, JAPEM, Dayang Siti Alifah binti Awang Osman.

Boustead Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Nissan dan Suzuki di Brunei Darussalam akan sentiasa memberi ganjaran kepada pelanggan setia di atas sokongan mereka selama ini.

ARTIKEL YANG SAMA