4 model gaya tersendiri

4 model gaya tersendiri

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Nov – Volkswagen Brunei kini sedang mengadakan jerayawara yang telah bermula kelmarin hingga 22 November ini di Atrium, The Mall, Gadong, di mana mereka mempamerkan empat model keluaran terbaru jenama dari Jerman itu.

Model-model yang dipamerkan termasuk Volkswagen Tiguan TSI, Volkswagen Vento yang mempunyai harga mampu milik tetapi dibangunkan dengan kepakaran kejuruteraan Jerman, Volkswagen Scirocco iaitu kereta simbolik jenama Volkswagen dan Volkswagen Touran yang dikhaskan untuk seisi keluarga.

Setiap model mempunyai prinsip tersendiri seperti Tiguan TSI, kereta SUV yang sesuai digunakan dalam pelbagai kondisi jalan.

Volkswagen telah mengadakan jerayawara mengenai model-model keluaran terbarunya sehingga 22 November ini.
Volkswagen telah mengadakan jerayawara mengenai model-model keluaran terbarunya sehingga 22 November ini.

pg09_151120_b

Selepas dilancarkan baru-baru ini, kereta tersebut terbukti menjadi salah sebuah kereta yang diminati bagi sebuah kereta SUV berkualiti tinggi, dan kini Volkswagen memperkenalkan versi Edisi Hitam dengan beberapa penampilan yang lebih menarik.

Sementara itu, Vento merupakan kereta yang paling murah dalam sejarah Volkswagen, dengan muatan enjin 1.6 litre kereta ini mempunyai kuasa kuda 105 dan merupakan pilihan terbaik bagi sesiapa yang ingin memiliki Volkswagen pada harga rendah.

Menerusi jerayawara ini, pelanggan boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kebolehan dan penampilan model-model Volkswagen yang semakin popular di Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA