4 pegawai penjara ikuti kursus di Langkawi

4 pegawai penjara ikuti kursus di Langkawi

Oleh Yusrin Junaidi

Bandar Seri Begawan, 30 April – Seramai empat pegawai penjara, hari ini, berlepas ke Malaysia bagi mengikuti kursus di Akademi Koreksional Langkawi, bermula esok hingga 28 Mei 2015.

Di sana, Dayang Salwa @ Megawati binti Haji Salleh, Awang Mohd Khairul Abd Azim bin Haji A.Said, Awang Sabtu bin Haji Abd Ghani dan Sarjan Wadar 431 Shuarani binti Haji Ismail akan mengikuti Program Pemulihan Juvenil, yang mana program empat minggu itu turut dihadiri beberapa pegawai penjara dari negara-negara anggota ASEAN dan Asia Pasifik.

Antara objektif kursus berkenaan adalah bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Program Pemulihan Juvenil dalam konteks Penjara Malaysia dan mempraktikkan kaedah-kaedah yang diperolehi ke negara masing-masing.

Selain daripada itu, para peserta juga akan diberi peluang untuk melawat beberapa buah penjara di Malaysia sepanjang kursus tersebut dijalankan.

Para peserta yang akan menjalani kursus empat minggu di Langkawi.
Para peserta yang akan menjalani kursus empat minggu di Langkawi.

ARTIKEL YANG SAMA