4 pelajar sertai pertandingan minyak & gas

4 pelajar sertai pertandingan minyak & gas

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Rokiah Mahmud

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Empat pelajar dari Persatuan Jurutera Petroleum (SPE), Institut Teknologi Brunei (ITB), hari ini, telah berlepas ke Johor Darul Takzim, Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan sempena Festival Minyak dan Gas anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Presiden SPE ITB Bahagian Pelajar, Awang Mohammad Amir Najmi bin Haji Moksin, semasa ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei memberitahu, ini merupakan penyertaan pertama mereka dalam festival tiga hari tersebut di mana mereka akan mengambil bahagian dalam dua kategori.

Pertandingan itu pada dasarnya akan memberi lebih tumpuan kepada topik umum yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan petroleum.

Mengenai persediaan mereka ke pertandingan tersebut, beliau memberitahu mereka berusaha untuk mendapatkan bantuan pensyarah bagi menambah ilmu pengetahuan.

Pelajar ITB yang berlepas ke Johor bagi menyertai pertandingan dalam Festival Minyak dan Gas.
Pelajar ITB yang berlepas ke Johor bagi menyertai pertandingan dalam Festival Minyak dan Gas.

Sementara itu, Naib Presiden SPE ITB Bahagian Pelajar, Awang Muhd ​​Romulus bin Muhd ​​Roland pula melahirkan harapan agar mereka akan berjaya dalam pertandingan berkenaan yang disertai wakil dari universiti-universiti di seluruh Asia.

“Selain daripada mendapat pengalaman daripada pertandingan itu, ia juga dihasratkan untuk mewujudkan lagi hubungan persahabatan dengan universiti-universiti yang mengambil bahagian sambil bertukar-tukar pandangan dan idea,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA