4 pelajar sertai Program Sunburst Environment di Singapura

4 pelajar sertai Program Sunburst Environment di Singapura

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Seramai empat orang pelajar sekolah menengah, hari ini, berlepas ke Singapura bagi menyertai Program Sunburst Environment yang bermula hari ini hingga 28 November.

Rombongan pelajar diiringi oleh Pegawai Pendidikan, Awang Mohd Shukri bin Haji Marzuki dan para pelajar yang mengikuti program ini terdiri daripada pelajar dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), Sekolah Menengah Sayyidina Hasan dan Sekolah Menengah Berakas.

Program selama lima hari ini dianjurkan oleh Singapore Technologies Endowment Programme (STEP) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) yang bertujuan untuk memberi inspirasi dan mendidik pelajar yang berumur antara 13-15 tahun mengenai alam sekitar seterusnya memupuk persahabatan di antara pelajar dari negara-negara Asia.

Sepanjang program itu, para pelajar berpeluang mendengar perkongsian dan pembentangan pakar-pakar dalam bidang sains alam sekitar selain mengadakan lawatan ke tempat yang berkaitan dengan kajian alam sekitar.

Rombongan negara yang menyertai program Sunburst Environment di Singapura.
Rombongan negara yang menyertai program Sunburst Environment di Singapura.

ARTIKEL YANG SAMA