4 pelancong China cedera bas terbabas di Sabah

4 pelancong China cedera bas terbabas di Sabah

KOTA KINABALU, 13 Mei (Bernama) – Empat pelancong warga China dan seorang pemandu bas cedera apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas di Jalan Papar Lama hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, seorang pelancong wanita dilaporkan tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 2.26 petang dan tiba di lokasi 13 minit kemudian.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Terdapat 11 orang menaiki bas berkenaan iaitu sembilan pelancong warga China dan masing-masing seorang pemandu bas serta pemandu pelancong.