4 pemain profesional tersingkir

4 pemain profesional tersingkir

DUBAI, 18 Feb (AFP) – Pilihan empat terbaik di Kejuaraan Tenis Dubai semuanya tersingkir pada pusingan kedua semalam, yang menyaksikan pertandingan itu tanpa seorang pun pemain elit pada peringkat suku akhir.

Juara bertahan pilihan teratas, Simona Halep, dua pemain Sepanyol, Garbine Muguruza dan Carla Suarez Navarro, dan Petra Kvitova dari Czech semuanya tersingkir dalam pusingan kedua selepas menerima bye bagi pusingan pertama, di mana pertandingan lain bagi empat pemain pilihan sudah tersingkir.

Bekas pemain nombor satu dunia, Ana Ivanovic berjaya menewaskan Halep dengan 7-6 (7/2), 6-2.

Jurulatih Ivanovic, Nigel Sears perlu meyakinkan pemain dari Serb itu untuk tidak menghiraukan gangguan dari kebocoran air di atas gelanggang dan menumpukan ke atas permainannya.

Strategi itu berkesan, dengan Ivanovic menyelamatkan mata penamat sebelum memulakan dengan tiebreak.

Simona antara empat pemain elit yang tidak berjaya ke suku akhir di Kejuaraan Tennis Dubai. – Reuters
Simona antara empat pemain elit yang tidak berjaya ke suku akhir di Kejuaraan Tennis Dubai. – Reuters

Set kedua itu memulakan dengan break berturut–turut sebelum Ivanovic menguasai untuk mara dengan 5-2, menamatkan dengan kemenangan.

Ivanovic seterusnya akan menentang Barbora Strycova dari Czech, pemenang ke atas Julia Goerges dari Jerman 2-6, 6-3, 6-1.

Pemain nombor 17, Ivanovic menggelar kemenangannya ke atas Halep “salah satu pertandingan berkualiti yang saya miliki mungkin pada tahun lepas”.

“Saya bermula dengan sedikit ragu. Saya terlalu bergegas. Tetapi saya merasa gembira mampu untuk bertenang dan meningkatkan permainan saya dan menang,” tambahnya.

Halep dari Romania gembira untuk merasakan hampir cergas setelah dibelenggu dengan jangkitan hidung baru –baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA