4 pemenang bertuah Restoran Seasons terima hadiah menarik

4 pemenang bertuah Restoran Seasons terima hadiah menarik

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Empat pelanggan bertuah Restoran Seasons telah terpilih untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan dalam cabutan bertuah sempena Pesta Makanan Malaysia 2015 yang berlangsung di Restoran Dynasty, hari ini.

Hadiah utama berupa pakej percutian tiga hari dua malam ke Kuala Lumpur termasuk tiket penerbangan pergi balik bagi seorang tajaan Tourism Malaysia telah dimenangi oleh Dayang Lily Haryani.

Penyampaian hadiah pertama ini telah disempurnakan oleh Pengarah Tourism Malaysia, Dayang Zurina binti Abdul Samad, selaku tetamu kehormat majlis.

Manakala itu, tempat kedua dimenangi oleh Dayang Emma Malissa yang menerima tiket pergi balik ke Kuala Lumpur untuk seorang dan Awang Zakaria bin DSS Haji Abdul Hamid pula memenangi tiket penerbangan pergi balik ke Kota Kinabalu untuk seorang.

Sesi bergambar ramai bersama para pemenang bersempena dengan Pesta Makanan Malaysia 2016.
Sesi bergambar ramai bersama para pemenang bersempena dengan Pesta Makanan Malaysia 2016.

Hadiah-hadiah tempat pertama dan kedua telah disampaikan oleh wakil dari Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Dayang Azhani Daniel.

Pemenang keempat, Chua Kheng Peng pula memenangi penginapan tiga hari dua malam di Junior Suite Room termasuk sarapan pagi untuk dua orang di Hotel Centrepoint, yang telah disampaikan oleh Awang Mohd Fadzilah bin Haji Abdullah dari Hotel Centrepoint.

Para pemenang berkenaan adalah merupakan pelanggan yang menikmati hidangan bufet di Restoran Seasons semasa Pesta Makanan Malaysia anjuran Restoran Seasons di bawah Royal Brunei Catering (RBC) dengan kerjasama Tourism Malaysia, Penerbangan Diraja Brunei dan Hotel Centrepoint.

ARTIKEL YANG SAMA