4 perdengarkan hafazan

4 perdengarkan hafazan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Seramai empat peserta bagi Kategori Menghafaz Juz 10 Al-Quran serta Pemahaman Juz 7, hari ini, bertanding di Majlis Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS tahun 1436H.

Hadir menyaksikan musabaqah yang berlangsung di Dewan Musyawwarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Pada tahun ini, seramai lapan peserta yang terdiri daripada empat lelaki dan empat perempuan daripada negara-negara MABIMS iaitu Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura telah mendaftar menyertai musabaqah ini.

Peserta bagi Kategori Menghafaz Juz 10 Al-Quran serta Pemahaman Juz 7 terdiri daripada Dayang Assrinna binti Haji Ibrahim dari Negara Brunei Darussalam, Amelia Khairunnisaa dari Republik Indonesia, Putri Nur Nadia binti Bakri dari Malaysia dan Muhammad Jabir bin Azmi dari Republik Singapura.

Manakala peserta bagi Kategori Menghafaz Al-Quran Juz 30 serta Pemahaman Juz 20 yang akan dipertandingkan esok terdiri daripada Awang Irma Mohammad Hazmie bin Haji Metussin dari Negara Brunei Darussalam, Badrut Taman Achmad dari Republik Indonesia, Farihah binti Zulkifli dari Malaysia dan Muhammad Ilyas bin Mohammad Asraff dari Republik Singapura.

Tetamu kehormat majlis bersama para tetamu yang lain hadir di majlis tersebut.
Tetamu kehormat majlis bersama para tetamu yang lain hadir di majlis tersebut.
Antara salah seorang peserta yang menyertai musabaqah tersebut.
Antara salah seorang peserta yang menyertai musabaqah tersebut.

pg10_150701_b

Menurut Pemangku Pengarah Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS selaku Pengerusi Bersama, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali dalam ucapannya menjelaskan, musabaqah ini adalah bertujuan untuk membantu mencapai visi dan misi MABIMS di samping mewujudkan kerjasama di kalangan negara anggota MABIMS dalam bidang pengajian dan penyebaran Al-Quran.

Selain itu, ia turut mengeratkan hubungan integrasi terutama dalam bidang Al-Quran dalam menyatukan perpaduan ummah melalui Al-Quran yang menjadi sumber kejayaan dan kegemilangan di dunia dan akhirat serta merangsang generasi muda dan belia ke arah penerimaan Al-Quran dari aspek penjagaan hafazan dan penghayatan Al-Quran.

Majlis akan disambung esok iaitu 1 Julai pada jam 11 pagi di tempat yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA