4 premis dikenakan denda kompaun

4 premis dikenakan denda kompaun

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Empat buah premis perniagaan termasuk satu tempat awam telah dikenakan denda kompaun atas kesalahan pembuangan serta penyimpanan barang-barang dengan tidak teratur tanpa kebenaran serta menjejaskan aspek keselamatan dan kesejahteraan orang ramai dan alam sekitar.

Menurut kenyataan yang diterima, hari ini, kesalahan-kesalahan tersebut telah didapati ketika pemeriksaan mengejut Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara ke atas beberapa premis perniagaan dan tempat awam di kawasan persekitaran Kampung Lambak, Sungai Hanching, Kampung Jerudong dan Kampung Mentiri, baru-baru ini.

Sehubungan itu, pihak jabatan mengingatkan para peniaga, pengusaha, penjaja, pemilik syarikat serta orang ramai agar memberikan kerjasama dengan menjaga kebersihan di persekitaran kawasan awam dan tempat perniagaan.

Mana-mana individu atau syarikat didapati membuang sampah di tempat awam atau di tempat yang tidak dibenarkan, jabatan berkenaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dan denda tidak melebihi $1,000 akan dikenakan bagi kesalahan pertama.

pg11_160512_c

Antara tempat-tempat yang dikenakan kompaun atas kesalahan pembuangan serta penyimpanan barang-barang secara tidak teratur tanpa kebenaran.
Antara tempat-tempat yang dikenakan kompaun atas kesalahan pembuangan serta penyimpanan barang-barang secara tidak teratur tanpa kebenaran.

ARTIKEL YANG SAMA