Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    4 produk kosmetik tercemar

    NDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Orang ramai disarankan untuk tidak menggunakan empat produk kosmetik yang telah didapati dicemari dengan bahan terlarang atau bahan racun berjadual yang tersenarai dalam Akta Racun 1956 yang tidak diisytiharkan, hasil daripada ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, produk-produk kosmetik yang dicemari itu ialah Pinkkiss Beauty Skincare 3 in 1 – Mix Berry Night Cream 1 dari pengilang Malaysia dan Pinkkiss Beauty Care Muda Remaja Sepanjang Usia – Herbal Cream, kedua-duanya dicemari dengan merkuri.

    Manakala itu, Pinkkiss Beauty Skincare 3 in 1 – Therapy Treatment Night Cream dari pengilang Malaysia dan Pinkkiss Beauty Care Muda Remaja Sepanjang Usia – Treatment Cream, pula didapati dicemari dengan hydroquinone dan tretinoin.

    Bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

    Hydroquinone merupakan bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi bagi merawat penyakit kulit dan ia dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik).

    ATAS & BAWAH: Pinkkiss Mix Berry Night Cream 1 dan Pinkkiss Therapy Treatment Night Cream 2

    ATAS & BAWAH: Pinkkiss Herbal Cream dan Pinkkiss Treatment Cream.

    Penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan perubahan warna kulit, hipersensitiviti, bahagian kulit yang disapu menjadi biru-hitam atau gelap serta boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

    Tretinoin pula merupakan bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi bagi merawat penyakit kulit. Penggunaannya yang tidak betul boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan parut pada kulit.

    Manakala itu, merkuri merupakan bahan yang dilarang dalam produk kosmetik seper-ti yang ditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007.

    Penggunaan merkuri dalam produk kosmetik adalah dilarang kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Tahap merkuri yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh menyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

    Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan daripada pengguna, yang boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

    Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan untuk penjualan produk tersebut dan/atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produk-produk tersebut.

    Berikutan dapatan berkenaan, produk-produk itu dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...