4 projek baru di Bintulu dalam RMK-11

4 projek baru di Bintulu dalam RMK-11

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) – Kerajaan merancang empat projek baharu di Bintulu, Sarawak berkaitan keperluan untuk mempertingkatkan infrastruktur jalan utama di kawasan tersebut dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata projek itu adalah menaik taraf Jalan Tanjung Kidurong ke Samalaju Industrial Park (KM4-KM39); menaik taraf persimpangan di Jalan Nyabau, Jalan Kinda dan Bulatan Tanjung Kidurong; membina jejambat di persimpangan Jalan Medan-Jalan Tun Hussein Onn dan membina Jalan Ulu Pandan, Bintulu.

Fasa pertama melibatkan pembinaan di kawasan Bintulu iaitu menaik taraf Persimpangan Jalan Nyabau ke Persimpangan Jalan Bakun sepanjang 43km dimulakan Mac lepas dan dijangka siap Disember 2017, katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.