4 sekolah berentap dalam Bigstart

4 sekolah berentap dalam Bigstart

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Empat buah sekolah berjaya mara ke peringkat akhir Pertandingan Bigstart ke-4 bagi mengembangkan kreativiti pelajar dalam merancang projek berbentuk keusahawan, anjuran Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dengan kelolaan Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri.

Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Menengah Berakas, Sekolah Menengah Masin, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Sekolah Menengah Sukan dan Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri.

Sehubungan itu, Pegawai Pelajaran Kanan/Ketua Unit Akli, Hajah Hajidah binti Abdul Wahab selaku wakil peribadi Pengarah jabatan Kokurikulum menyampaikan wang modal bernilai bernilai $200 bagi projek keusahawanan, dalam majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan, SM Pehin Datu Seri Maharaja, hari ini.

Selain mengembangkan kreativiti pelajar dalam bidang keusahawanan, Pertandingan Bigstart juga memperkaya inovasi dan pengambilan risiko bagi mencapai objektif, di samping merebut peluang untuk kemahiran yang lebih khusus dan pengetahuan yang diperlukan dalam mewujudkan aktiviti sosial dan perdagangan.

Hajah Hajidah semasa menyampaikan ucapan.
Hajah Hajidah semasa menyampaikan ucapan.
Gambar ramai pasukan-pasukan yang mara ke peringkat akhir bagi pertandingan tersebut.
Gambar ramai pasukan-pasukan yang mara ke peringkat akhir bagi pertandingan tersebut.

Hajah Hajidah dalam ucapannya menyatakan, pertandingan ini merupakan pertandingan yang inovatif kerana ia akan memberikan peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi dan bekerjasama dalam sama-sama membangunkan keusahawan di negara ini.

Beliau berharap dengan adannya wang modal yang disediakan, setiap pasukan akan dapat merancang kewangan mereka dengan bijak dan cermat.

Manakala Pengetua Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri selaku pengerusi majlis, Dayangku Hajah Norhashimah binti Pengiran Hassan menjelaskan kelima-lima sekolah yang berjaya akan menjalankan perusahaan masing-masing selama 15 minggu dan melaksanakannya berdasarkan ‘Business Proposal’ yang telah dirancang sebelumnya.

Awang Abdul Aziz Mustaqim semasa ditemui wartawan.
Awang Abdul Aziz Mustaqim semasa ditemui wartawan.

Di samping itu, setiap pengusaha juga diarahkan untuk menghantar laporan perkembangan setiap empat minggu dan sebelum pertandingan akhir berlangsung, satu laporan lengkap berserta slide video 60 saat perlu diserahkan.

Pertandingan akhir nanti akan berlangsung pada 28 September tahun ini. Pertandingan Bigstart ke-4 telah disertai sebanyak 14 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah menengah, maktab-maktab dan pra-universiti

Wakil pelajar SM Sultan Sharif Ali, Awang Abdul Aziz Mustaqim bin Haji Ahmad, semasa ditemui wartawan Media Permata menjelaskan bahawa wang modal yang diberikan itu akan digunakan untuk membuat pembelian bagi bahan produk kumpulan mereka.

Beliau berharap melalui pertandingan ini, kumpulan mereka akan mendapat kejayaan semasa pertandingan akhir nanti diadakan di samping mengharumkan nama sekolah mereka.

ARTIKEL YANG SAMA