4 syarikat pengendali pakej haji, umrah diumum

4 syarikat pengendali pakej haji, umrah diumum

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengumumkan empat buah syarikat telah diberikan kebenaran sebagai Syarikat Pengendalian Perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah bagi sesi 1437 hingga 1439 Hijrah.

Syarikat-syarikat tersebut ialah Darussalam Holdings Sdn. Bhd.; Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd.; Continental Yachting Sdn. Bhd. dan Raudah Al-Amin Sdn. Bhd.

Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah adalah disarankan untuk mengikuti pakej syarikat-syarikat berkenaan bagi memastikan urusan-urusan perjalanan haji dan umrah berjalan dengan sempurna dan teratur.

ARTIKEL YANG SAMA