4 tentera Mesir maut dalam letupan

4 tentera Mesir maut dalam letupan

KAHERAH, 24 Julai – Seorang pegawai tentera Mesir dan tiga lagi anggota antara yang terbunuh hari ini apabila bom disyaki ditanam militan Negara Islam (IS) meletup berhampiran Rafah, sebuah bandar di sempadan dengan Semenanjung Gaza, kata tentera dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian terbabit, tiada kumpulan tampil bertanggungjawab dalam letupan berkenaan, tetapi sekutu IS di Mesir di Wilayah Sinai dilaporkan melancarkan serangan sama sebelum ini.

Pihak berkuasa Mesir menentang pemberontakan yang berlaku di Semenanjung Sinai yang mengorbankan beratus pegawai polis dan tentera sejak tentera menggulingkan Presiden Islam, Mohamed Mursi pada tahun 2013 selepas bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya.

Sementara itu, Presiden Abdel Fattah al-Sisi berkata kumpulan militan IS menimbulkan ancaman sedia ada ke atas Mesir iaitu negara Arab yang mempunyai ramai penduduk. – Reuters