4 terbunuh pengeboman di Pakistan

4 terbunuh pengeboman di Pakistan

PESHAWAR, Pakistan, 1 Sept (Reuters) – Seorang pengebom berani mati Taliban membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencedera berpuluh orang hari ini di barat laut Pakistan di mana anggota keselamatan sedang bertempur menentang militan Islam, kata pegawai.

Serangan menyasarkan sebuah kenderaan separa tentera di luar perkarangan kerajaan di kawasan Jamrud rantau Khyber, beritahu pegawai Shaukatullah Afridi, yang berada beberapa meter dari tempat letupan, kepada Reuters. “Saya baru sahaja memasuki pejabat dan duduk di atas kerusi saya apabila saya terdengar satu letupan besar,” kata Afridi.

“Ia kelihatan seolah-olah seluruh bangunan telah roboh.”

Pejabat Afridi terletak di jalan yang menuju dari bandar Peshawar, menerusi Genting Khyber, ke sempadan Afghan.

Paramedik memindahkan mayat mangsa yang terbunuh dalam pengeboman berani mati di sebuah hospital di Jamrud, Pakistan. Sekurang-kurangnya tiga maut dalam kejadian itu. – Reuters
Paramedik memindahkan mayat mangsa yang terbunuh dalam pengeboman berani mati di sebuah hospital di Jamrud, Pakistan. Sekurang-kurangnya tiga maut dalam kejadian itu. – Reuters

Sekurang-kurangnya 43 orang cedera dibawa ke hospital di Peshawar, kira-kira 20km ke timur, kata doktor hospital Noor Wazir, menambah jumlah kematian mungkin meningkat.

Taliban Pakistan bersekutu dengan Taliban Afghan dan bertempur menentang tentera kerajaan Pakistan dalam harapan menubuhkan pemerintahan Islam yang ketat.

Militan mendakwa bertanggungjawab.

Jurucakap Mohammad Khorasani berkata dalam satu panggilan telefon kepada Reuters serangan merupakan balas dendam terhadap operasi kerajaan ke atas mereka.

ARTIKEL YANG SAMA