4 terkorban dalam kejadian puting beliung di Virginia

4 terkorban dalam kejadian puting beliung di Virginia

RICHMOND, Va, 25 Feb (Reuters) – Ribut petir dan puting beliung melanda rantau Tenggara dan tengah Atlantik AS semalam, mengorbankan kira-kira empat orang di Virginia sehari selepas puting beliung mengorbankan tiga nyawa di sepanjang Pantai Teluk, menurut pihak berkuasa.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) memberi amaran tentang puting di sepanjang ribut dari Raleigh, Utara Carolina, utara ke beberapa bahagian Viriginia, Maryland dan kawasan Washington D C.

“Kami dilanda ribut angin di sini,” kata peramal cuaca Perkhidmatan Cuaca, Brandon Dunston di Raleigh, Utara Carolina.

Tiga orang disahkan meninggal dunia di Waverly, Viriginia, sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 2,300 orang penduduk kira-kira 45 batu tenggara Richmond, bandar negeri, yang mana kira-kira tiga struktur mengalami kerosakan teruk dalam ribut tengah hari, menurut jurucakap wanita polis negeri, Corinne Geller.

Polis negeri kemudian berkata tiga mangsa dua lelaki, berusia 50 dan 26 dan budak lelaki berusia 2 tahun, telah terbunuh apabila rumah bergerak mereka roboh dalam kejadian ribut. Mayat mereka ditemui kira-kira 300 meter dari tapak treler, menurut polis.

Mayat orang keempat, serang lelaki dewasa, ditemui lewat semalam di komuniti Evergreen Wilayah Appromattox, berhampiran Lynchburg, selepas awan puting beliung dilaporkan berada di ruang udara kawasan itu, menurut polis lagi.

Dua buah lebuh raya menuju Waverly, US Route 460 dan State Route 40 tidak dapat dilalui akibat serpihan berat akibat ribut, menurut polis negeri. Pihak berkuasa juga memberi respons kepada laporan meluas tentang kejadian banjir di kawasan itu.

Polis negeri Virginia melaporkan kerosakan teruk akibat ribut dan beberapa kecederaan di dermaga bandar Wilayah Essex, Tappahannock, timur laut Richmond dan di Wilayah Appomattox.

Stesen Richmond WWBT-TV melaporkan lebih 20 orang cedera di Tappahannock, sesetengah mereka mungkin terperangkap dalam kemusnahan akibat ribut. Dan tujuh orang tercedera, dua cedera parah, di komuniti Evergreen, menurut polis negeri lagi.