4 termasuk Napoli, Dortmund mara

4 termasuk Napoli, Dortmund mara

PARIS, 6 Nov – Empat pasukan mara ke peringkat kalah mati saingan Liga Europa selepas aksi peringkat kumpulan semalam.

Pasukan berkenaan adalah Napoli, Molde, Borussia Dortmund dan Rapid Vienna tatkala saingan peringkat kumpulan berbaki dua.

Napoli melangkah ke peringkat 32 pasukan selepas mengungguli kumpulan D.

Dalam saingan semalam, pasukan itu menewaskan wakil Denmark, Midtjylland, 5-0.

Aksi pemain Dortmund, Henrikh Mkhitaryan ketika meraikan jaringan golnya pada perlawanan kumpulan C Liga Europa di Dortmund, Jerman. – Agensi
Aksi pemain Dortmund, Henrikh Mkhitaryan ketika meraikan jaringan golnya pada perlawanan kumpulan C Liga Europa di Dortmund, Jerman. – Agensi

Kelab dari Itali tersebut memenangi semua empat aksi kumpulan untuk mengumpul 12 mata, selain menjaringkan 16 gol manakala bolos 1.

Midtjylland di tangga kedua manakala Club Brugge ketiga dan Legia Warsaw (4).

Dortmund mara ke peringkat seterusnya selepas menewaskan Qabala, 4-0, manakala Rapid Vienna menjinakkan Viktoria Plzen, 2-1. Molde pula menewaskan Celtic, 2-1 untuk mara dari Kumpulan A selepas pesaing terdekat mereka, Ajax terikat 0-0 dengan Fenerbahce.

ARTIKEL YANG SAMA