4 wakili Daerah Belait

4 wakili Daerah Belait

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 16 Okt –  Dua orang qari dan dua orang qariah akan mewakili Daerah Belait ke Pertandingan Musabaqah Al-Quran Peringkat Suku Akhir Kebangsaan selepas menang Pertandingan Akhir Musabaqah Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah dalam majlis yang berlangsung di Masjid Muhammad Jamalul Alam di sini, hari ini.

Mereka terdiri daripada Haji Mohd Khairuddin bin Haji Marajah/Meraji dari Masjid Muhammad Jamalul Alam, Awang Abdul Qayyum bin Aminuddin dari Masjid RPN Kampung Pandan, Dayang Juanawati binti Haji Hamdan dari Masjid Muhammad Jamalul Alam dan Hajah Norzirwatul Fadillah binti Haji Puteh dari Masjid Zainab Kampung Lumut.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah ialah Ketua Pegawai Ugama Kuala Belait, Haji Asminan bin Haji Awang Chuchu.

Salah seorang peserta Musabaqah Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Belait memperdengarkan bacaannya.
Salah seorang peserta Musabaqah Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Belait memperdengarkan bacaannya.

Pengerusi pertandingan, Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Haslan bin Haji Shabudin mengatakan Musabaqah Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah ini disertai 15 orang terdiri daripada lapan orang qari dan tujuh orang qariah.

Ia diadakan untuk melahirkan peserta yang boleh membaca Al-Quran dengan bertaranum (berlagu) dan menggalakkan lebih ramai orang membaca Al-Quran dengan lebih baik dan sempurna.

Ia juga bertujuan mencari peserta mewakili Daerah Belait ke Pertandingan Musabaqah Al-Quran Peringkat Suku Akhir Kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi.

ARTIKEL YANG SAMA