4 warga asing dikeluarkan Pas Khas

4 warga asing dikeluarkan Pas Khas

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 3 Ogos – Empat warganegara asing yang memiliki Pas Lawatan Sosial telah dikeluarkan Pas Khas oleh Bahagian Penguat kuasa Undang-undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) kerana didapati melakukan kerja sebagai penyelam, di sini.

Jabatan tersebut dalam laporannya menyatakan empat orang terbabit, semasa pemeriksaan dijalankan menerusi Operasi Cekup JIPK 49/2015, kelmarin, didapati sedang bersiap-siap untuk menjalankan kerja penyelaman bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan kipas kapal.

Operasi yang melibatkan empat pegawai dari bahagian tersebut telah menyasarkan pemeriksaan ke atas warganegara asing yang menyalahgunakan Pas Melawat dengan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan Sungai Duhon.

Sehubungan itu Ketua Pegawai Imigresen, Bahagian Penguat kuasa Undang-undang Kuala Belait sekali lagi mengingatkan kepada majikan-majikan dan juga mana-mana individu terutama sekali warganegara asing supaya sentiasa patuh dan tidak melanggar atau menyalahi sebarang Akta dan Peraturan Imigresen.

Pegawai semasa memeriksa warga asing yang menggunakan Pas Melawat Sosial untuk bekerja sebagai penyelam.
Pegawai semasa memeriksa warga asing yang menggunakan Pas Melawat Sosial untuk bekerja sebagai penyelam.

Menurutnya bahagian itu akan sentiasa menjalankan atau melaksanakan aktiviti Penguatkuasaan berterusan sama ada secara bersendirian atau bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain, dan ke arah aktiviti penguatkuasaan tersebut jabatan itu mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah-pesalah Imigresen.

Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya dengan menghubungi talian Hotline JIPK di talian 8753888 atau 8734888.

ARTIKEL YANG SAMA