4 warga Bangladesh dihukum penjara

4 warga Bangladesh dihukum penjara

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Dis – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman dua tahun penjara setiap seorang ke atas empat warga Bangladesh yang mengaku bersalah atas pertuduhan menculik rakan senegara, dengan niat untuk mengurungnya.

Hakim Dato Paduka Steven Chong menjatuhkan hukuman itu terhadap Mahbub Solaiman Patwary, 45, Moniruzzaman Monir, 33, Mohammad Zakir Hossain, 24, dan Anwar berusia 47 tahun. Mereka didakwa mengurung Rezaul Karim di sebuah rumah di Kampung Sungai Bakong, Lumut pada 22 Oktober selepas menculiknya di kawasan berdekatan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

pg06_151224_mahkamah logo2

Mereka mengurung mangsa selama dua malam di rumah tersebut dan hanya akan melepaskannya bila semua hutangnya sudah dibayar kepada Moniruzzaman.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurjauinah binti Haji Kula manakala tertuduh diwakili Haji Mohd Rozaiman bin DSLJ Haji Abdul Rahman.

ARTIKEL YANG SAMA