4 warga Itali diculik di Libya

4 warga Itali diculik di Libya

MILAN, 20 Julai – Empat warga Itali yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan telah diculik di Libya yang dilanda konflik, menurut kementerian luar negeri dalam satu kenyataan hari ini.

Sewaktu kejadian culik itu, mereka berada di kawasan premis syarikat gergasi minyak Itali ENI di rantau Mellitah, ke barat Tripoli, menurut kementerian berkenaan.

Kementerian mengatakan sebuah unit krisis ‘segera berhubungan dengan keluarga dan syarikat Bonatti’ yang menggaji keempat-empatnya.

Terlibat dalam huru-hara sejak penggulingan pemerintah diktator Muamer Gaddafi 2011, Libya memiliki dua parlimen dan kerajaan yang berebut kuasa, ketika kumpulan bersenjata berjuang untuk mengawal kekayaan minyaknya.

Itali menutup kedutaannya di Libya pada Februari dan telah menggesa warganegaranya untuk meninggalkan negara itu berhubung keganasan memuncak. – AFP