4 warga tempatan main judi, didenda

4 warga tempatan main judi, didenda

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Feb – Keseronokan bermain judi pada tahun 2011 mengundang padah kepada empat warga tempatan apabila dijatuhi denda oleh Mahkamah Majistret selepas mereka mengaku bersalah, hari ini.

Anuar bin Jalil, 49, didenda $5,000 atas kesalahan membenarkan kediamannya di Jalan 3, Perumahan Awam Kampung Rimba dijadikan tempat perjudian.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli membenarkan defendan untuk membayar $200 setiap bulan bermula hujung Februari ini sehingga habis, dan jika gagal akan berdepan empat bulan penjara.

Sapar bin Timan, 56, dan pasangan suami isteri Mohammad Redzuan bin Mahari, 34, dan Dayang Noorhanaliza binti A. Kamaluddin, masing-masing dijatuhi denda $500 atau berdepan satu bulan penjara jika gagal membayar denda atas pertuduhan bermain judi.

pg06_160210_mahkamah logo

Masing-masing dibenarkan untuk membayar $50 dan $100 setiap bulan sehingga selesai, bermula hujung Februari ini.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 24 Februari 2011 sebelum waktu tengah malam di sebuah rumah di Jalan 3, Perumahan Awam Kampung Rimba.

ARTIKEL YANG SAMA